Lebuhraya Setiawangsa-Pantai: Kadar tol mula dilaksanakan; RM3.50 untuk kereta persendirian


Lebuhraya Setiawangsa-Pantai: Kadar tol mula dilaksanakan; RM3.50 untuk kereta persendirian

Sejak 3 Disember 2023, Lebuhraya Setiawangsa-Pantai (SPE) telah pun memulakan kutipan tol di tiga plaza tolnya iaitu Plaza Tol Chan Sow Lin, Plaza Tol Ampang (dari Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur AKLEH menuju ke SPE) dan Plaza Tol Setiawangsa (arah Selatan dan Utara).

Bagi kenderaan Kelas 1 iaitu dua gandar dan tiga atau empat roda (kecuali teksi dan bas), kadar bayaran tol ialah RM3.50. Manakala bagi Kelas 2 (dua gandar dan lima atau enam roda, tidak termasuk bas) dikenakan caj RM7, dan RM10.50 untuk Kelas 3 iaitu lori. Bagi Kelas 4 iaitu teksi, dikenakan caj sebanyak RM1.80 dan RM3.50 untuk Kelas 5 iaitu bas.

Pengendali SPE juga mengingatkan pengguna lebuhraya ini supaya memastikan baki kad Contact & Go serta RFID mencukupi.

Lebuhraya Setiawangsa-Pantai: Kadar tol mula dilaksanakan; RM3.50 untuk kereta persendirian

Lebuhraya SPE dilancarkan pada 3 November lalu oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan diberikan tol percuma selama sebulan. SPE sebelum ini dikenali sebagai Lebuhraya Duta-Ulu Kelang Fasa-3 (DUKE Fasa-3) akan merentasi utara ke selatan Kuala Lumpur dan merupakan baki jajaran sepanjang 16.3 kilometer bermula dari Setiawangsa ke Kerinchi.

Melibatkan jajaran sepanjang 29.8 km, lebuhraya ini menghubungkan Taman Melati dan Klang Gates dari Lebuhraya MRR2 ke Kerinchi Hyperlink berhampiran Pantai dan Universiti Malaya. SPE juga diharap memberikan manfaat buat penduduk sekitar Gombak, Taman Melati, Genting Klang, Setiawangsa, Wangsa Maju, Ampang, Kampung Pandan, Bandar Malaysia, Kerinchi dan Pantai.

Nak jual kereta anda? Jual dengan myTukar.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top