Carlos Sainz dinobat juara Rali Dakar pada usia 61 tahun dengan jentera hibrid Audi RS Q e-tron


Carlos Sainz dinobat juara Rali Dakar pada usia 61 tahun dengan jentera hibrid Audi RS Q e-tron

Audi RS Q e-tron #207 (Group Audi Sport), Mattias Ekström/Emil Bergkvist

Kebanyakkan dari kita mungkin sudah mula perlahan dari membuat sebarang aktiviti apabila sudah menjangkau usia emas kerana kekangan stamina dan juga keadaan fizikal yang semakin menurun. Namun tidak untuk juara Kejohanan Rali Dunia (WRC) dua kali, Carlos Sainz kerana beliau sekali lagi dinobatkan sebagai juara rali paling lasak di dunia iaitu Rali Dakar pada usia menjangkau 61-tahun!

Rali Dakar 2024 yang juga merupakan edisi ke 46 itu sekali lagi berlangsung di Arab Saudi buat tahun keempat. Ia bermula di Al-‘Ula pada 6 Januari, dan berakhir di Yanbu pada 19 Januari lalu. Secara keseluruhan rali ini melibatkan pengembaraan di atas padang pasir sejauh 7,891 km, di mana 4,727 km daripadanya adalah Particular Stage (SS) di mana ke semua pelumba beradu untuk mencatatkan masa terpantas.

Carlos Sainz yang dibantu oleh juruarah Lucas Cruz menamatkan rali yang berlangsung selama hampir dua minggu ini dengan kelebihan 1 jam 20 minit di hadapan pelumba Belgium, Guillaume de Mevius. Kejayaan Sainz ini turut mencatatkan satu lagi sejarah kerana ini kali keempat beliau menjuarai rali berkenaan sejak menyertainya bermula 2006, dan jentera Audi RS Q e-tron yang dipandunya merupakan jentera dengan unit rangkaian kuasa elektrik pertama yang memenangi kategori utama Rali Dakar sepanjang penganjurannya.

Audi RS Q e-tron tersebut digerakkan oleh dua buah motor elektrik (masing-masing pada gandar hadapan dan belakang) dikenali sebagai motor-generator unit (MGU) yang diambil daripada kereta lumba Audi e-tron FE07 Method E, menghasilkan kuasa maksimum 680 PS. Manakala bateri yang menggerakkan kedua-dua motor tersebut dicas menggunakan enjin pembakaran dalaman 2.0 liter empat-silinder turbo TFSI yang diambil dari kereta lumba DTM.

Juara Rali Dakar tahun lalu, Nasser Al Attiyah yang berpindah dari pasukan Toyota Gazoo Racing ke Bahrain Raid Excessive tahun ini gagal untuk mempertahankan gelarannya untuk kali ketiga berturut-turut selepas mengalami pelbagai kerosakan dan tidak menghabiskan perlumbaan ini. Namun rakan sepasukannya, juara WRC sembilan kali Sebastien Loeb menamatkan rali ini di tempat ketiga keseluruhan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan myTukar.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top